Signal Untuk Entry Dan Exit

 

CANDLESTICK SEBAGAI SIGNAL ENTRY DAN EXIT




Antara soalan yang paling susah nak jawab adalah "camne kaunter ni, nak jual ke nak hold?" Susah sebab, yang bertanya tu sebenarnya sudah ada jawapan sendiri, dan bila kita bagitau jawapan yang tak sama dengan apa yang "diharapkan", jiwa jadi kacau.

Plan trading kita boleh sama, tapi cara kita handle emosi, tekanan dan noise tak sama.

Kalau 5 kali trade, dan 5 kali kena cut loss, mesti ada sesuatu yang tak kena dengan cara trading kita. 

Dalam trading, perkara2 seperti makin rugi bila tak cut loss, lepas jual naik pulak dia, tak beli dia naik, bila beli dia turun memang dan akan sentiasa terjadi..hanya dengan disiplin dan plan trading yang baik saja mampu MENGURANGKAN KERUGIAN dan MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN

Hari ni kita belajar entry dan exit dengan melihat bentuk candle. Lihat contoh gambar di atas.

Konsep
  • entry dan exit bila terjumpa candle2 di atas tu (signal candle). 
  • sengaja saya tak letak nama sebab menghafal nama sebenarnya tak penting, yang penting kita FAHAMKAN maksud candle tu.
Saya pecahkan kepada 2 kategori trader, Baru dan Berpengalaman. 

Trader Baru 
  • nampak saja candle2 tu, siap sedia untuk entry (signal candle). 
  • esok, kalau price break resistance, sudah boleh entry. 
  • tak kisah nak entry pagi, atau petang, ikut keselesaan masing2. 
  • dah entry, tunggu dan standby kalau candle2 tadi muncul semula. 
  • bila dah muncul, standby untuk exit kalau price break support. 
  • ulang lah banyak kali..senang tak?

Trader Berpengalaman 
  • follow sama macam tadi. 
  • untuk lebih kenikmatan, boleh lah tengok2 candle tu samada muncul di swing point high/low, support resistance pada chart atau berhampiran moving average. 
  • bagi trader yang menggunakan indicator seperti stochastic, macd, boleh gabungkan signal candle tadi dengan signal buy/sell dari indicator. 
  • contoh, signal candle muncul dan stochastic oversold, macd nak bersilang, dah boleh standby entry..terbalikkan kalau nak exit pulak. 

Tips 
  • bila dah jumpa signal candle, buatlah alert pada apps masing2 (bursa station, SI, klse screener, tradingview atau ape saje yang boleh pasang alert)
  • kalau ada anak2 kat rumah, sekarang kan cuti sekolah..bagi diorang keje sikit..tolong carikan signal candle..kita balik keje, tanya diorang, ade tak jumpe signal.. 
  • entry atau exit mestilah esoknya atau next candle..kalau esoknya tak break resistance/support, tak yah buat ape2..move on.. 
  • gabungkan semua nota2 sebelum ni dengan nota hari ni, insya allah, sama2 kita beroleh kejayaan.

bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

1 Ulasan

  1. kiranya kita fokus candlestick ni sahaja...dan tengok SnR...tq atas ilmu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama