Next Day Follow Through

Berbalik pada tajuk kita hari ini, saya cuba kaitkan dengan teknik trading yang selalu kita gunakan iaitu buy on breakout. Ada banyak teknik breakout, tapi hari ni, kita cuma fokus pada breakout dari consolidation.

Mula-mula, pastikan chart dalam keadaan trending up. Ada higher high, ada higher low, ada volume masuk, indicator bullish, ma/ema tersusun cantik, candlestick yang pelbagai jenis. Bila sebut candlestick pelbagai, senang cerita bukan stock bawah 10 sen. Bawah 10 sen ni candlestick ade 2 jenis sahaja, hidup, mati, hidup, mati !

Rules of  Thumb - bila candlestick mula berlonggok-longgok dalam julat harga tak berapa jauh, tunggu sampai ade satu candlestick yang cuba memancut ke atas, lebih tinggi dari semua longgokan tadi.

Bila dah jumpe, kat sini baru guna pakai “Next Day Follow Through” - Maknanya, selepas kejadian, hari-hari seterusnya kita nak candlestick mulakan gerakan ke atas. Bukannya patah balik ke bawah. Kalau patah balik ke bawah, pesta belum bermula, penjaga dia baru acah-acah.


Tak kisah di mana kita entry, kalau next day tiada gerakan menaik, kemungkinan besar kita akan terperangkan lama dalam trade tu. 

Contoh, kalau kita suka entry selepas nampak doji, esok dia tak naik, lusa dia tak naik, tulat pun tak naik, yang naik darah kita, maka bersedialah untuk keluar. Mungkin penjaga stock tak suka kita ada di dalam.


Semoga Terhibur !!


bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama