Break Stop Loss vs Break Support

Bagi yang faham, mereka tau nak bezakan antara break stop loss dengan break support. Yang masih kurang faham, pasti rasa sikit keliru..yelah, kalau masih hold, kat mane nak jual ni? kat stop loss ke kat support?

contoh kejadian break stop loss vs break support


Dua2 tu sebenarnya berbeza..yang jadi persamaan adalah lokasi untuk stop loss selalunya diletakkan berhampiran support area..yang ni fahamkan dulu.

$ads={1}

Kenapa mesti ada stop loss? 

Sebab kita bukan nya tau ape nak jadi lepas beli..tak semestinya lepas beli terus naik dan tak semestinya lepas beli price tak boleh turun2 lagi..jadi kegunaan stop loss adalah bagi meminimumkan kerugian yang kita sanggup terima kalau lepas beli, trade tak menjadi. 

Kenapa stop loss letak berhampiran support (selalunya bawah 1 atau 2 bid dari support)? 

Pertamanya, support itu bermaksud, satu kawasan harga yang mana ada jumlah belian yang mengatasi jualan..kira, ada banyak yang nak membeli kat situ..kalau harga sedang turun, dan tiba2 ada banyak belian yang masuk dan halang price dari turun lagi, itu kita panggil support..pembeli men support kan harga dari jatuh..ape sebab? ntah lah..mungkin pembeli rasa itulah harga paling wajar untuk beli atau kalau trader, berpandukan chart dia rasa situlah kawasan dijangka akan ada minat belian.. 

Apa yang kelirunya? 

"sama jer bang !.." Tak sama dik..katakan adik beli harga sekarang 20 sen dan selepas buat kira2, adik cuma sanggup rugi 2 sen dari harga beli tadi kalau trade tak tadi..adik dengan penuh disiplin akan keluar dari trade kalau price turun bawah dari 2 sen..itu kita panggil stop loss.

Tapi, dari chart dan dengan ilmu membaca chart yang sempoi atau kalau nak mudah tengok dalam interaktif chart kentrade, ada satu garis harga ditandakan support..tapi beza dari harga entri tadi sebanyak 5 sen..senang cirita support kat 15 sen.. nampak tak? 

kalau tadi, adik hanya sanggup rugi 2 sen dan itu adalah stop loss adik, tapi kalau adik follow support pulak, adik akan kerugian 5 sen! sanggup ker? kalau sanggup takde hal…tapi ramai yang break stop loss, terus cari support pulak..dengan harapan kot2 boleh naik balik…kalau naik ok juger..kalau makin turun? seperti biasa dari trader bertukau jadik investor tulen.

Disebabkan senario di atas, selalunya stop loss akan diletakkan berhampiran suppport area..bergantung pada entry kita, jaraknya mungkin dekat , mungkin jauh.. 

$ads={2}

Setakat ni rasanya boleh faham kot..bukan ape, kadang2 ade yang tanya, support kat mane? support dah break, nak hold ke tak? perasan tak, sebagai trader, kita juga di ajar supaya entry berdekatan support ! 

Semoga terhibur !

bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama