Teori Volume Dan Candlestick Signal

Teori volume ni ada banyak. Kalau nak cerita satu persatu, tak kan habis. Dah nama pun teori, kita berimaginasikan dia ikut apa yang kita nampak pada chart.

Nasihat saya, tak perlu nak pening-pening sangat. Paling mudah, kalau nampak volume tu lebih tinggi dari semalam dan harga pula naik lebih tinggi dari semalam, itu tanda ada banyak minat belian. Pasti ada sebab kenapa tiba-tiba ramai nak beli.

$ads={1}

Seperti yang semua tahu, ada banyak teknik nak entry trade. Salah satunya entry selepas nampak signal candle. Apa itu signal candle ? sila baca di sini

kehadiran volume selepas candlestick signal

Carta di atas saya berikan contoh entry selepas nampak doji..doji ni ada bermacam jenis. Kesemuanya beri satu signal yang sama :


tidak ada kepastian samada nak naik atau nak turun

Dalam kes ni, selepas muncul doji, esoknya harganaik dan ada pertambahan volume (ramai membeli). Kalau semalam tiada kepastian, hari ini market bagitau "saya mau naik".

$ads={2}

Volume kat bawah tu nak bagitau yang banyak saham bertukar tangan. Harga juga naik sama. Kita ni sebagai penumpang, dah nampak macam ni, tumpanglah lah bersama. Tapi kena ingat juga ! 
kena letak stop loss di bawah doji semalam..kalau betul diorang nak untung, takkan nak biarkan harga turun sampai bawah dari doji tu ?

Pastikan juga pemilihan carta cantik yer. Cari yang uptrend. Kalau tak, susah nak jadi. Carta uptrend, bila dia turun sikit, ada saja orang standby nak beli.


moving average sebagai penunjuk trend carta

Semoga terhibur !

bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama