Shooting Star Candlestick - Geng Tanduk Panjang

 

shooting star

Antara bentuk candle yang kita perlu berikan lebih perhatian, candle yang mempunyai tanduk sangat panjang.


Dalam buku dipanggil shooting star, inverted hammer.


Dalam contoh kali ni, saya lebih fokuskan pada carta dimana harga sudah membuat kenaikan dan tiba2 muncul geng tanduk.


asiaply apr 2021- may 2021

ifcamsc nov 2021

sernkou jun 2021


Kalau boleh diringkaskan :

  • harga sudah naik berhari2
  • geng tanduk MEMBUAT NEW HIGH tetapi harga tutupnya  sangat lemah
  • menggambarkan yang tekanan jualan semakin kuat, ada banyak supply masuk
  • jangkaan harga akan mula menurun hari seterusnya
  • perhatikan aras tertinggi geng tanduk tadi, selagi tiada harga berjaya naik lebih tinggi, anggap penjual lebih kuat dan harga dijangka turun mencari pembeli baru
  • trend kenaikan mungkin diteruskan semula jika ada harga yang berjaya naik dan tutup lebih tinggi dari tanduk tadi.

Cuba elakkan berlawan dengan geng tanduk. Kalau jumpa, biarkan dia bertenang dulu sebelum mula mencari entri terbaru. 

Paling tidak, selagi tanduk tak ditewaskan, harga mungkin bersiar2 dulu ke kanan (sideway)..cara trading waktu ni lebih kepada buy low dan sell high..


Paling teruk, harga terus junam tak hengat..sementara nak tunggu low muncul, elok cari stock lain dulu.


jangkaan menurun selepas muncul shooting star

sampailah harga berjaya melepasi tanduk, barulah boleh berkira2 untuk buy high dan sell higher


Semoga terhibur !

bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama