Al-Kisah Kolam Pancing Berbayar (kisah sama di dunia berbeza)

Dalam 3 jam menunggu, kita akan jumpa dengan pelbagai ragam rakan pemancing. Ada yang baru berjinak, ade yang otai lama dan ada juga yang mengikut saja.

Nak dipendekkan cerita, bolehlah kita kategorikan mereka2 ini kepada 3 :

Kategori 1 - dari mula sampai habis masa tak bergerak.

            Lepas bayar, cari port, itupun cari port yang paling dekat dengan kaunter sebab senang nak ambik umpan..atau kalau dah biasa datang, terus tuju port yang dirasakan ada ong..kalau port dah bertuan, baru cari port lain. Konsepnya, hanya tunggu sampai umpan kena. Kalau kena, kena, tak kena sudahhhh..kemas2 balik.

Kategori 2 - sejam pertama duduk port biasa, lepas tu mula tawaf satu kolam.

            Yang ni jenis memang nak ikan. Mula2 jer duduk setempat sebab nak lepak sambil layan asap rokok. Bila cukup sejam dan ikan tak dapat, akan mula aktif berjalan keliling kolam sambil mencuba nasib. Selagi tak habis masa, selagi tu tawaf berterusan. Selalunya berhasil bawak balik sekor.

Kategori 3 - dimana ade ikan, kat situ dia ada !

            Yang ni selalunya otai kolam atau lejen jer buat. Dia jenis tengok dulu kat mana meriah orang tarik ikan. Dalam sekelip mata, dia muncul mencelah melemparkan mata kail sambil tersengih2..kita yang dah lama duduk port tu, nak marah pun tak boleh. Semua orang bayar kannn.

Kalau dipikirkan logik dan usaha dibuat, yang mana lebih berhasil bawa balik ikan? Sudah semestinya kategori 2 dan 3 punyai lebih peluang berbanding kategori 1.

Begitulah juga kita bila berdagang di bursa malaysia. Ramai juga dalam kategori 1 tapi berangan nak dapat hasil macam kategori 2 dan 3 !

Agak malang, sayalah dalam kategori 1 tu walaupun tidak bercita2 nak dapat hasil banyak seperti 2 dan 3.

Soalannya, SIAPA SAYA ?

bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama