Fry Pan Bottom - kuali ajaib !


Selalu muncul selepas kejatuhan harga dan mula berlonggok-longgok keriangan. Terutama sekali bila indeks mula naik dari oversold area.

Pattern macam ni perlukan lebih imaginasi untuk membayangkan sebelum kejadian. Tapi, konsep asas tetap sama - ada longgokan harga dan menantikan harga breakout dari longgokan tadi.

longgokan candle seakan bentuk kuali


breakout di hujung lengkuk


Walaupun penggemar pattern macam ni lebih suka cari di carta yang memang tergolek habis, saya secara peribadi lebih suka kalau dia muncul semasa harga masih dalam trend menaik.


bentuk yang sama juga boleh muncul semasa downtrend

breakout dengan kemasukan volume di hujung lengkuk


Satu perkara yang kena ingat, kesemua contoh yang saya tunjukkan nampak naik. Tapi hakikatnya, banyak juga tak naik2, malah makin turun pun adooo..
Pattern bukan penentu naik turun, tapi pattern boleh bantu kita kecilkan pilihan carta untuk dibalun.

Untuk tahun 2021, pattern sebegini saya panggil ' bawang rangers'


bawang rangers sedang beraksi

sama seperti yang lain, ada volume masuk dan breakout


Semoga terhibur !

bursatrendbandchart

Indikator TRENDBAND CYCLE dibuat untuk membantu saya dalam mencari saham berpotensi dan membuat keputusan lebih pantas sama ada hendak ENTRY | EXIT dan menentukan PRICE TARGET | STOP LOSS. Dan saya jadikan TRENDBAND CYCLE sebagai panduan untuk swing bertarget jangka pendek !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama